Thursday 27 December 2012

Penangan ADAM & HAWA


sekarang nie adalah fenomena orang gilakan drama bersiri Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa' yang ditayangkan di Astro Mustika Saluran 134 HD pada setiap hari Isnin - Khamis jam 10 malam.




drama ini adalah diadaptasikan dari sebuah novel yang ditulis oleh penulis Aisya Sofea... Sipnosis cerita Adam dan Hawa


Cerita ini bermula apabila seorang remaja kampung bernama Ain Hawani lepasan spm telah berkerja di tadika di kampungnya yang dimiliki oleh kakak Adam Muhkriz. Ketika bekerja disanalah Ain Hawani telah berjumpa dengan Adam Muhkriz, kali pertama Ain Hawani melihat Adam Muhkriz, Ain Hawani telah jatuh cinta padanya pada pandangan pertama. 

Adam Muhkriz ialah adik kepada tuan tadika tersebut yang bekerja sebagai pilot di sebuah syarikat penerbangan tempatan iaitu MAS dan dilihat berperangai ala-ala playboy. Namun umpama malapetaka menimpa Ain Hawani apabila Ain Hawani dan Adam muhkriz telah ditangkap basah bersama oleh orang orang kampung , Ain Hawani terpaksa berkahwin dengan Adam Muhkriz untuk membersihakn namanya dan dan nama keluarganya. 

Namun Ain Hawani dan Adam Muhkriz tidak bahagia dengan perkahwninan tersubut kerana beberapa hal yang berlaku. Adam Muhkriz dilihat lebih mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani. 

Adam dan Hawa kembali menarik apabila selepas itu mereka terpisah apabila Ain Hawani telah berjaya melanjutkan pelajaran diluar negara selama 8 tahun, Adam Muhkriz yang masih menganggap Ain Hawani sebagai seorang isterinya rela menunggu Ain Hawani selama 8 tahun ini namun semua itu berbeza bagi Ain. 

Mereka kembali bertemu di tempat paling mulia di dunia ini iaitu mekah, selepas itu mereka berdua pulang ke tanah air dan hubungan cinta mereka kembali bertaut.


sesiapa yang kat rumah takde astro @ astro mustika HD di sini mimi ade sertakan 2 sumber untuk menonton secara online drama Adam dan Hawa nie..

 2 sumber yang boleh anda tonton atau download drama Adam dan Hawa:






dua sumber ini memang boleh dipercayai..bukan spam or menipu macam sumber2 lain..
so siapa yang belom menonton silakan yer!!! mimi pun dah tengok sampai yang terkini (n_n)v


1 scene yang disukai oleh mimi..
"emm emm emm"

adam mukhriz berpura2 tak tahu ain hawani kena teman dia beli barang tadika..
comel giler muka aaron aziz..

tak sabar nak tengok sampai habis episod!!!


..Untuk mengetahui lebih lanjut kesudahan cerita nie jom sama-sama kite menonton Adam & Hawa setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Mustika Saluran 134 HD  (*,~) chekidaut~~~

No comments:

Post a Comment